Khamis, 9 Februari 2012

Kegembiraan yang mengharukan

Salam teman2 semua.. Ingin sekali chegue berkongsi kegembiraan yang tak dapat diucapkan. Chegue hanya mampu bersyukur kepada Allah kerana doa chegue selama ini dimakbulkan..Mungkin juga berkat doa teman teman maka putera chegue mendapat straight A dalam PMR yang lepas..

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana mendengar doa dari hambanya ini.. Oleh itu chegue juga mendoakan semua anak teman teman juga beroleh kejayaan dalam pelajaran mereka. Amin..

Putera chegue ini memang rajin orangnya. Bukanlah maksud ingin memuji anak chegue. Tapi walaupun sibuk dengan tahun peperiksaan, kerja kerja rumah tak pernah dilupakan... Alangkah sejuk hati ibubapa mana sekalipun, takala pulang dari kerja, semua kerja rumah seperti membasuh baju, memasak nasi dan menyapu rumah telah disiapkan.. Itulah putera chegue yang bernama Aiman..

Sekarang Aiman telah pun berada di Sek Men Sains Raja Tun Azlan Shah Taiping. Mama doakan agar cita cita Aiman tercapai..

2 ulasan:

  1. tahniah..
    anak cikgu mestilah pandai kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Terbelog..Ramai org beranggapan anak cikgu mestilah pandai..Ada juga anak cikgu yang sederhana...

      Padam